Saya pernah ditanya oleh seorang bukan Islam mengapakah orang Islam menyembah bangunan berkelambu hitam.Mungkin selama ini kita tidak pernah terfikir untuk menjawabnya atau kita hanya mampu berkata bahawa Islam agama yang terbaik namun kita tidak dapat membuktikannya.
Benarkah Makkah itu bandar pusat bumi dan benarkah Kaabah itu merupakan pusat bumi?. Seandainya benar, apakah buktinya?. Dalam satu kisah pemuliharaan Kaabah oleh Abdullah bin Zubair, dikatakan mereka bertemu dengan salah satu asas Kaabah yang batunya terikat dan berbentuk seperti leher unta berwarna merah.
Lalu salah seorang daripada mereka cuba untuk mencungkilnya dan satu kejadian yang dahsyat telah berlaku di mana keseluruhan bangunan Kaabah bergegar dan lebih hebat lagi keseluruhan bandar Makkah juga turut bergegar.
Melihat keadaan sedemikian maka Abdullah bin Zubair memutuskan untuk tidak merubah asas bangunan Kaabah melainkan membaik pulih keadaan fizikalnya sahaja.Kejadian itu sebenarnya dapat dibuktikan melalui penemuan nisbah emas oleh Leonardo Pisano Bigollo atau juga dikenali sebagai Fibonacci yang merupakan ahli matematik Itali di abad pertengahan.
Dia memperkenalkan tentang urutan nombor yang akhirnya membawa kepada nisbah emas 1.618 atau dikenali sebagai phi.Apabila setiap nisbah setiap objek atau sistem itu menghampiri kepada nisbah emas maka semakin sempurnalah sesuatu keadaan itu. Sebagai bukti pertama bahawa Makkah itu terletak dalam garisan emas, surah al-Imran ayat 96 boleh kita ambil sebagai bukti yang baik kerana jika dijumlahkan keseluruhan huruf pada ayat tersebut adalah 47. Apabila jumlah hurut ayat ini dibahagikan dengan 1.618 maka kita akan mendapat jawapan 29.
"Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yakni Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia" Al-Imran:96. Menariknya jika jumlah hurut ayat itu dihitung hingga ke 29 maka kita akan bertemu dengan Bakkah yakni Makkah. Maka al-Quran itu sentiasa benar, cuma mungkin kaum Muslimin terlalu selesa dalam menilainya hingga tanpa sedar meminggirkannya.
Begitu juga jika dihitung kedudukan lokasi Makkah longitud dan latitud, ternyata Kaabah terletak dalam garisan nisbah emas dunia. Bukan itu sahaja, jika dinilai jarak antara Makkah dan kutub utara berbanding jarak Makkah ke kutub selatan juga mendapati ianya terpatri dengan nisbah emas 1.618. Hebatnya ciptaan Allah S.W.T yang setiap darinya juga ada pembuktian sains. Ada yang berkata kita tidak perlu pembuktian sains kerana yang perlu hanyalah iman. Benar cuma sains ini dapat digunakan untuk mencapai haqqul yakin dan sebagai alat dakwah yang baik.
Jika pada zaman baginda S.A.W alatnya adalah syair dan pada zaman wali sembilan yang terkenal di nusantara pula dakwah dilakukan dengan keilmuan kepahlawanan namun hari ini dakwah memerlukan bukti sains. Hasilnya penolakan yang mahu dilakukan oleh bukan Islam cukup sukar dan jika dikaji secara sainstifik dalam apa jurusan sekalipun ternyata Islam itu benar. Urutan nombor Fiboncci itu bukan sahaja membuktikan bahawa Kaabah sebagai pusat energi dunia, bahkah juga membuktikan tentang istimewanya manusia kerana seorang pakar aesthetic Dr.Steven Markot telah mengkaji selama 25 tahun tentang aspek wajah dan nisbah emas ini.
Beliau mendapati hampir 97% dari uji kaji yang dilakukan terhadap nisbah wajah manusia mempunyai nisbah emas seperti nisbah ketinggian gigi dan lebarnya, nisbah panjang muka berbanding lebar dan seumpanya. Kajian juga mendapati banyak lagi hal-hal penciptaan yang mengarah kepada nisbah emas atau dengan kata lain nisbah sempurna seperti DNA, dedaunan bahkan pelukis hebat juga menggunakan nisbah yang sama untuk menjadikan lukisan mereka cantik. Begitulah Allah S.W.T yang Maha sempurna yang menjadikan setiap kejadian itu dengan sempurnanya dan apabila kita merosakkannya maka berlakulah gejala kebencian alam kepada manusia.
Creadit to: Dr Azhar b.Hj Sarip
Perunding Emosi, Spiritual NLP Trading.

No comments:
Post a Comment